THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday 12 January 2011

resipi kek coklat

BAHAN-BAHAN

1 CAWAN BUTTER
2 CAWAN GULA
2 CAWAN TEPUNG KEK
5 BIJI PUTEH TELUR
5 BIJI KUNING TELUR
1 CAWAN KOKO
   ESEN VANILLA
1/2 CAWAN AIR PANAS

CARA-CARA

  1. Putarkan putih telur hingga kembang ketepikan.
  2. Putarkan butter dan gula hingga kembang,masukkan essen vanilla.
  3. masukkan kuning telur putar lagi hingga sebati dan masukkan putih telur putar sehingga betul-betul sebati
  4. Campukan koko dan air panas dan masukkan kedalam adunan tadi putar lagi hingga koko dan adunan sebati .Akhir sekali masukkan tepung putar lagi.
  5. Masukkan kedalam acuan pembakar dan bakar selama 40 minit.

Monday 10 January 2011

cupcakes coklat cip

recipi cupcakes coklat cip

BAHAN-BAHAN
110gm gula kastor
110gm butter
110 gm tepung kek
25 gm sebuk koko
1 sudu the sebuk penaik
2 biji telur
1 sudu makan susu
¼ cawan coklat cip

BAHAN HIASAN

v krim putar
v pewarna
v coklat cip
CARA-CARA
1.Masukkan butter dan gula kedalam bekas,kemudian putar menggunakan pemutar kek sehingga sebati .
2.Masukkan telur satu persatu dan putar lagi sehingga sebati,masukkan susu dan tepung sedikit demi sedikit jagan  berhenti putar adunan tadi.
3.Selepas habis masukkan tepung tadi , masukkan sebuk koko dan putar sehingga sebati  bahan2 itu tadi.
4.Akhir sekali masukkan  coklat cip dengan menggunakan senduk kayu kacau sebati secara perlahan2.Masukkan adunan tadi kedalam cup cakes dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180o c.

CARA MENGHIAS
1.Selepas cup cakes tadi sejuk,sediakan krim putar mengikut warna yang dikehendaki.
2.Sapu krim putar tadi keatas cup cakes.Krim putar yang selebihnya dimasukkan kedalam beg aising dan paip keatas cup cakes berbentuk bunga, akhir sekali tabor dengan coklat cip,siap untuk dihidang.




resipi cupcakes

BAHAN-BAHAN


150 gm butter
150 gm gula
175 gm tepung
3 biji telur
essen vanilla


BAHAN UNTUK  BUTTER AISING


150 gm butter
250 gm gula aising
essen vanilla




CARA-CARA

  1. Pukul buter dan gula sehingga kembang
  2. Masukkan essen vanilla putar lagi dan masukkan telur satu demi satu ,putar sehingga sebati
  3. Akhir sekali masukkan tepung.Masukkan kedalam cupcakes dan bakar selama 20 minit
CARA MEMBUAT BUTTER AISING
  1. Putar butter dan gula hingga kembang,masukkan essen vanilla
  2. Sapu dan hiaslah diatas cupcakes




cupcakes